Monday 21 May 2012

PERSEKITARAN TADIKA




Persekitaran adalah penting untuk menggalakkan pengalaman pembelajaran. Guru dan kanak-kanak wajar dikelilingi dengan objek dan peralatan yang menarik dipamerkan dengan gaya susunan yang menyenangkan pandangan. Sesetengah objek hendaklah dijadikan sebahagian asas persekitaran. Manakala objek yang lain boleh diselang selikan untuk menarik perhatian dan minat. Contohnya gambar lukisan di letakkan berhampiran ruang aktiviti seni lukis akan mencipta persekitaran yang cantik dan dapat menarik perhatian kanak-kanak.

Ruang pembelajaran hendaklah pelbagai supaya kanak-kanak berpeluang untuk meneroka berbagai perspektif. Contohnya meletakan objek yang boleh diterokai oleh kanak-kanak untuk berbincang. Selain itu guru boleh membina ruang yang selari dengan persekitaran yang terdapat di rumah kanak-kanak. Umpamanya meletakan sofa atau meja dengan lampu meja seperti yang terdapat di rumah kanak-kanak. Peralatan yang sama dapat menggalakkan pembelajaran di ruang aktiviti khususnya kanak-kanak di taska. Keselesaan sudut bukan sahaja menambahkan kemesraan dan ketenteraman untuk persekitaran pembelajaran tetapi juga dapat membantu membina rasa selamat ketika di taska atau tadika.


Thursday 17 May 2012

KEPENTINGAN BERMAIN KEPADA KANAK-KANAK

Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokkan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa.

Menurut Caplan dan Caplan 1973, main sebagai penentu penting bagi perkembagan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek di samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan seseorang murid. Permainan juga dapat memberi pengalaman tentang keadilan, peraturan-peraturan dan kesamaan serta memperkuatkan kebolehan berfikir dalam pelbagai cara. Sebagai contoh, aktiviti fizikal yng dilakukan di dalam kelas. Melalui permaian yang melibatkan perlumbaan misalnya.

Selain itu bermain adalah satu bentuk kesenian kanak-kanak. Ia merupakan saluran untuk melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan. Almy (1984, Fagen) menyatakan kanak-kanak bermain dengan di arah oleh diri mereka sendiri tanpa mengambilkira tujuan bermain. Semasa bermain, mereka, bebas dari segala peraturan. Melalui permainan, kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru. Kanak-kanak melibatkan diri dalam permainan secara aktif. Apa yang dikemukakan oleh Almy bersesuaian dengan pandangan Rubin, Fein, dan Vendenberg (1983).
Pendidikan prasekolah memberi penekanan kepada belajar melalui bermain dalam proses pengajaran dan pembelajran. Pendekatan meneroka bagi memenuhi perasaan ingin tahu, kemahiran motor kasar dan halus, kemahiran inovatif, kritis dan kreatif serta membantu mengatasi perasaan bimbang dan tertekan.

Pendekatan menekankan ciri-ciri berikut:

· Aktiviti yang menggembirakan
· Penerokaan dan interaksi dengan persekitaran
· Permainan bebas dan terancang
· Kelonggaan masa
· Percubaan idea sendiri
· Peluang untuk memberikan tumpuan dan perhatian

Wednesday 16 May 2012

TERSEDAK SUSU:KETAHUI CARA BERI BANTUAN KECEMASAN




Jom baca info tentang cara mengatasi dan mencegah tersedak susu daripada membawa kepada situasi yang lebih buruk.

info dari metro:

KES kematian akibat menyusu ketika tidur bukan sesuatu yang baru. Hampir setiap bulan, kemalangan disebabkan tersedak susu atau tercekik makanan dilaporkan media yang kebanyakannya berlaku di pusat penjagaan kanak-kanak

Ia sesuatu yang cukup malang apabila bayi yang baru saja mengenal dunia tidak dapat meneruskan kehidupan dek kelalaian ibu bapa atau penjaganya sendiri. Belum lagi dengan emosi si ibu dan bapa yang tidak dapat menerima hakikat kehilangan anak tersayang disebabkan kecuaian.

Menurut Pakar Kanak-Kanak, Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, Bandar Baru Bangi, Dr Nik Rosenorleyaney Nik Ibrahim, kes kematian akibat menyusu ketika tidur atau sedar berpunca daripada bayi yang ditinggalkan menyusu bersendirian tanpa pengawasan.

Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka.

"Dalam tubuh manusia, terdapat dua saluran iaitu pernafasan pada bahagian hadapan manakala saluran makanan pada bahagian belakang. Apabila bayi minum dalam keadaan tergesa-gesa atau mungkin lubang puting botol yang terlalu besar, susu akan terus mengalir tanpa henti ketika bayi tertidur.
"Sudah tentu bayi tidak mempunyai daya untuk menarik botol itu sendiri menyebabkan susu memasuki saluran pernafasan, seterusnya ke dalam paru-paru. Apabila ini berlaku, biasanya bayi akan tersedak atau batuk iaitu tindakan refleks yang menunjukkan bayi memerlukan pertolongan atau perlindungan.


PEMAKANAN SEIMBANG UNTUK KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Kanak-kanak memerlukan nutrien yang mencukupi di dalam pemakanan mereka untuk perkembangan yang sihat dan optimum dari semua aspek iaitu intelek, fizikal, emosi, rohani dan sosial. Kebanyakkan nutrien diperolehi dari pelbagai jenis makanan dan perlu diambil dalam kuantiti yang sesuai. Pengambilan nutrien yang tidak seimbang akan mengakibatkan pelbagai masalah kepada kanak-kanak seperti masalah kurang berat badan, obesiti dan anemia. Jadi guru perlu merancang menu makanan yang seimbang mengikut piramid makanan supaya murid-murid prasekolah mendapat khasiat pemakanan yang secukupnya. Berikut merupakan jenis-jenis nutrien yang diperlukan oleh badan, :-

a) Karbohidrat
Karbohidrat menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam sistem tubuh manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula (gula, glukos, sirap, madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu dan kanji tulin koko) dan beberapa selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat banyak terdapat dalam bijiran seperti beras, gandum, dan sepertinya.

b) Protein
Protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama kebanyakannya boleh diperolehi daripada binatang. Sementara protein sayuran pula mengandungi protein kelas kedua dan sedikit protein kelas pertama.

c) Lemak
Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada manusia kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan sebarang aktiviti. Secara purata, lemak membekalkan 355 daripada pengambilan tenaga. Lemak juga mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang penting kepada penyatuan selaput sel.

d) Galian
Zat galian yang mengandungi kompaun bukan organik yang penting kepada pemakanan manusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah. Zat mineral banyak terdapat dalam susu dan telur. Ia juga banyak terdapat dalam buah dan sayuran.

e) Vitamin
Vitamin adalah bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan makanan. Ia membantu tubuh mengurai dan menggunakan unsur asas makanan, protein, karbohidrat dan lemak. Sesetengah vitamin turut terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon, bahan genetik dan kimia dalam system saraf. Tidak seperti karbohidrat, protein dan lemak, vitamin dan mineral tidak membekalkan kalori tetapi membantu badan mendapatkan tenaga dari tubuh.

f) Serat
Serat atau serabut dalam diet permakanan membantu penghadaman dan mengelak sembelit. Sayuran dan buah segar (termasuk buah kering) dan bijiran merupakan sumber serat penting. Untuk meningkatkan kebaikan serat, amat penting untuk minum banyak air.
Makanan berkhasiat penting untuk kanak-kanak kerana ia membekalkan nutrien untuk perkembangan dan pertumbuhan. Selain itu,ia juga membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal dan mental serta dalam mengekalkan ketahanan badan terhadap jangkitan. Makanan yang berkhasiat juga menyediakan bekalan nutrien yang cukup untuk keperluan pertumbuhan pada peringkat remaja.

Piramid Makanan Malaysia memberi panduan tentang bagaimana untuk mengimbangkan pengambilan makanan setiap hari. Makanan yang pelbagai membantu kanak-kanak mendapat semua nutrien yang diperlukan. Pilih gabungan makanan setiap hari berpandukan Piramid Makanan Malaysia
Pengambilan pemakanan yang kurang atau berlebihan boleh membawa kesan serius terhadap tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak. Masalah Ini mungkin merangkumi nutrien utama seperti protein, karbohidrat, lemak, termasuk juga vitamin dan mineral. Tanpa mengira sama ada kanak-kanak kekurangan atau berlebihan berat badan, mahupun mempunyai berat badan normal, mereka masih boleh mengalami masalah kekurangan mikronutrien seperti zat besi, kalsium, iodin.

Amalan pemberian makanan yang kurang sihat akan menyebabkan kanak-kanak mengalami kekurangan berat badan atau terbantut serta boleh menjejaskan perkembangan kognitif. Sering kali, kanak-kanak ini juga akan mengalami kekurangan pelbagai vitamin dan mineral, yang paling umum adalah zat besi, iodin dan Vitamin A. Kanak-kanak yang kurang berat badan lebih kerap jatuh sakit kerana mempunyai daya tahan lebih rendah terhadap jangkitan.

Masalah pemakanan berlebihan timbul apabila kanak-kanak mengambil terlalu banyak makanan, khususnya yang tinggi kalori, dan kurang bersenam. Seorang kanak yang mempunyai berat badan berlebihan berkemungkinan akan menjadi remaja atau dewasa dengan berat badan berlebihan mahupun obes kelak. Kita semua tahu bahawa berat badan berlebihan merupakan satu faktor risiko penyakit-penyakit kronik seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan kanser. Berat badan berlebihan atau obesiti juga boleh mengakibatkan kanak-kanak mempunyai tanggapan imej yang negatif terhadap fizikal badan dan kurang keyakinan diri. Pengambilan nutrien berlebihan juga boleh menjejaskan kesihatan akibat pengambilan mikronutrien seperti vitamin larut lemak (A,D, E dan K) secara berlebihan, tanpa mendapatkan nasihat profesional yang betul. Mikronutrien seperti vitamin boleh berkumpul di dalam tisu lemak dan akan menyebabkan ketoksikan.

Tuesday 15 May 2012

ASSALAMUALAIKUM,,,,

saya ni budak baru belajar,
 jadi inilah hasilnya,
 blog yang x seberapa dan harap2 anda semua faham
 tentang apa yang ingin saya perkatakan dalam blog ini. terima kasih.......

TUGAS PEMBANTU PENGURUSAN MURID




URUSAN PENTADBIRAN KELAS PRASEKOLAH

1) Membantu guru mendaftar kehadiran muird-murid prasekolah setiap hari
2) Membantu guru membuat inventori peralatan dan bahan di dalam kelas prasekolah
3) Melaksanakan tugas dalam urusan surat menyurat yang berkaitan dengan prasekolah.
4) Merekodkan pembelian bahan dan peralatan prasekolah.
5) Mengemaskini data dan maklumat bagi murid-murid prasekolah
6) Menguruskan pendaftaran murid-murid prasekolah.
7) Menghubungi agensi-agensi lain atau pihak luar yang berkejasama atau bagi mendapatkan maklumat berkaitan prasekolah
8) membantu guru membuat lawatan susulan ke rumah ibu bapa atau penjaga murid bagi murid-murid yang bermasalah
10) Membantu guru dalam menguruskan akaun dan perkara yang berkaitan dengan kewangan prasekolah
11) merekodkan perbelanjaan dan sumbangan yang diterima untuk prasekolah.

URUSAN PENGAJARAN/PEMBELAJARAN MURID-MURID PRASEKOLAH

1) Membantu guru prasekolah merancang aktiviti bimbingan dan asuhan
2) Membantu menimbulkan suasana yang selesa, selamat dan menggembirakan bagi meransang bimbingan dan asuhan.
3) Membantu mewujudkan dan merangsang naluri ingin tahu, minat untuk meneroka dan menjelajah di kalangan murid-murid prasekolah
4) Membantu merangsang dan meningkatkan motivasi murid-murid prasekolah supaya bersedia untuk belajar.
5) Membantu merangsang dan meningkatkan motivasi murid-murid prasekolah supaya bersedia untuk belajar.
6) Membantu memilih dan menyediakan bahan-bahan serta peralatan yang sesuai dengan keperluan, kesediaan dan perkembangan murid-murid prasekolah.
7) Membantu mengawas dan menjaga keselamatan, kesihatan dan keselesaan murid-murid sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah semasa murid-murid berkenaan di bawah jagaannya.
8) Memberi bantuan kepada murid-murid dan mendampingi mereka semasa menjalankan aktiviti-aktiviti harian di sekolah supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif.
9) Membantu guru prasekolah dalam penyediaan pengajaran dan pembelajaran prasekolah.

URUSAN PENYEDIAAN MAKANAN/MENGEMAS/MEMBERSIH

1) Menyedia dan menghidangkan makanan dan minuman yang bersih, berzat dan seimbang bagi murid-murid prasekolah.
2) Mengemas dan membersihkan perkakas seperti pinggan, piring, cawan, peralatan dapur, mangkuk, cerek, peti ais dan sebagainya.
3) Menyedia dan mengemaskan bilik darjah dan bilik-bilik atau ruang yang lain sebelum dan selepas kelas termasuk menyapu, mengunci kelas dan menjaga kebersihan bilik darjah dan ruang-ruang lain.
4) Mengatur kerusi dan meja serta membantu guru menyusun alat dan bahan pengajaran di dalam kelas.

URUSAN MENJAGA HAL EHWAL MURID

1) Melayani karenah murid-murid prasekolah dan menolong memastikan murid-murid sentiasa berkeadaan bersih.
2) Berusaha untuk menjadi contoh teladan yang baik kepada murid-murid dari segi tingkah laku, tutur bahasa dan kekemasan diri.
3) Menyambut kedatangan murid-murid semasa menghadiri kelas dan juga memastikan murid-murid keluar kelas dalam keadaan selamat.
4) Membantu murid-murid ke tandas sekiranya perlu dan membantu memerhatikan murid-murid sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih.
5) Membantu guru prasekolah menjaga keselamatan alatan dan kemudahan prasekolah di dalam dan di luar kelas.
6) Membantu mengawasi murid-murid prasekolah semasa ketiadaan guru prasekolah


Saturday 12 May 2012

TATACARA PENUBUHAN PRASEKOLAH SWASTA (TADIKA)

Kindergarten-Kids
Lokasi
Sebuah tadika hendaklah berada di kawasan yang kondusif untuk pengajaran, pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak mengikut kriteria-kriteria berikut:
  • Tempat yang selamat daripada risiko kemalangan dan kecederaan dan   terjamin keselamatan,
  • Jauh dari pusat hiburan,
  • Udaranya bersih dan nyaman,
  • Tidak diganggu oleh pencemaran bunyi dan
  • Mendapat kebenaran bertulis jiran terdekat jika premis di kawasan perumahan – jiran bersebelahan, hadapan dan belakang (kiri dan kanan) premis
Premis
  • Tiap-tiap premis hendakalah diperiksa dan disokong penggunaannya oleh pihak berkuasa tempatan yang berkenaan khususnya, Jabatan Perancang dan Kawalan Bangunan Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Kesihatan.
  • Tingkat bawah adalah digalakkan tetapi bangunan bertingkat-tingkat boleh diperitmbangkan sekiranya ia memenuhi piawaian keselamatan berhubung dengan tangga, beranda dan pintu kecemasan dan apa-apa peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkenaan.
  • Bangunan tadika hendaklah di dalam keadaan baik, bersih, cantik dan dicat di luar dan di dalam supaya kelihatan menarik dan sesuai bagi perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak.
  • Syor pihak berkuasa tempatan mengenai bilangan kanak-kanak untuk setiap bilik darjah/kelas dipatuhi.
  • Tiap-tiap tadika hendaklah mempunyai ruang yang mencukupi untuk sudut-sudut pembelajaran, pelbagai jenis permainan dan sukan, kemudahan-kemudahan rehat dan tandas dengan mengambilkira bilangan dan umur kanak-kanak.
  • Kegunaan kontena sebagai bilik darjah tidak dibenarkan.
  • Kemudahan-kemudahan pendidikan khas diadakan jika ada kanak-kanak kurang upaya.
  • Premis agama boleh dipertimbangkan tetapi ini tidak termasuk tempat khas beribadat.
  • Premis tadika tidak boleh dijadikan tempat tinggal.
Keselamatan
  • Bangunan tadika hendaklah dalam keadaan selamat dan bahan binaannya bukan daripada bahan mudah bakar.
  • Hendaklah mengadakan sekurang-kurangnya 2 buah pintu keluar bangunan dan pintu tersebut hendaklah mudah dibuka tanpa halangan.
  • Jerajak besi yang dipasang di tingkap bilik hendaklah boleh dibuka jika berlaku kecemasan/kebakaran.
  • Dapur hendaklah diasingkan, terutama apabila menggunakan LP Gas.
  • Alat pemadam api hendaklah diadakan mengikut syor Jabata Bomba dan Penyelamat.
  • Perabot, alat permainan dan bahan-bahan lain yang digunakan tidak membahayakan.
  • Semua punca kunci elektrik hendaklah sama ada tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak atau dilindungi secukupnya.
  • Kolam renang atau tempat yang boleh menampung air hendaklah dalamnya mengikut ukuran yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan. Kawasan tersebut berpagar.
Kesihatan
  • Kawasan, bangunan dan lantai hendaklah bersih dan selamat.
  • Bilangan tandas hendaklah mencukupi dan dalam keadaan bersih, selamat dan selesa untuk kanak-kanak.
  • Ada kemudahan membasuh yang sesuai dan mencukupi.
  • Ada peralatan pertolongan cemas yang lengkap.
  • Tiap-tiap bilik hendaklah mempunyai pencahayaan dan pengudaraan yang mencukupi.
  • Ada kemudahan pembuangan sampah yang sesuai dan mencukupi.
Undang-undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan
  • Semua peraturan atau undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan yang terbabit denga pemeriksaan premis dipatuhi
Nama Prasekolah
Nama yang dicadangkan hendaklah menggunakan istilah TADIKA. Penggunaan istilah seperti Kindie, Playhouse, Taman Bimbingan, Sekolah Nursery pada nama Tadika tidak dibenarkan.
  • Nama yang diberi haruslah mempunyai latar belakang Malaysia.
  • Menggunakan Bahasa Kebangsaan.
  • Nama yang diberi hendaklah munasabah, tidak mengelirukan, tidak menggambarkan sesuatu yang tidak benar atau menyentuh perasaan mana-mana pihak.
  • Nama tidak sama dengan nama tadika lain (rujuk R.O.B./R.O.C.)
  • Jika nama yang digunakan nama orang kenamaan, pemohon hendaklah mendapat persetujuan bertulis daripada tuan punya nama atau warisnya (jika ia telah meninggal dunia).
  • Nama-nama yang tidak dibenarkan:
    • Nama negeri, Bandar atau daerah
    • Nama parti politik atau ringkasan nama parti politik
    • Nama pemimpin atau orang kenamaan Negara luar dan nama perseorangan
    • Nama singkatan
Pemilikan
  • Tadika hendaklah dimiliki sepenuhnya oleh warganegara Malaysia (melainkan Tadika Ekspatriat)
  • Pemilikan perseorangan/perkongsian hendaklah berdaftar dengan Pendaftar Perniagaan (R.O. B).
  • Pemilik tadika oleh syarikat hendakah:
    • Syarikat berdaftar dengan Pendaftar Syarikat (R.O. C).
    • Ekuiti bumiputra tidak kurang daripada 30% da mestilah kekal.
  • Mana-mana tadika yang ditubuhkan oleh organisasi yang berdaftar denga mana-mana pihak berkuasa kerajaan boleh dikecualikan daripada didaftarkan dengan pendaftar perniagaan.
Kurikulum
  • Program dan kegiatan tiap-tiap tadika hedaklah berdasarkan garis panduan kurikulum yang diluluskan oleh Menteri Pendidikan Malaysia iaitu Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
  • Bahasa-bahasa selain daripada kebangsaan boleh digunakan sebagai bahasa pengantar tetapi jika sesuatu tadika menggunakan bahasa selain daripada Bahasa Kebangsaan, Bahasa Kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai matapelajaran wajib.
  • Pendidikan Agam Islam kepada kanak-kanak beragama Islam hendaklah oleh guru beragama Islam.
  • Pendidikan Moral hendaklah kepada kanak-kanak bukan beragama Islam.
Pengerusi/Ahli Lembaga Pengurus
  • Warganegara Malaysia (kecuali tadika ekspatriat)
  • Tidak muflis dan tidak pernah disabitkan atas apa-apa kesalahan berat oleh mana-mana mahkamah.
  • Lulus tapisan keselamatan oleh Jabatan Polis.
Guru Besar
  • Warganegara Malaysia (kecuali tadika ekspatriat)
  • Mempunyai kelayakan akademik minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya (Guru Besar ekspatriat memiliki sekurang-kurangnya ijazah pertama).
  • Mempunyai kelayakan profesional sekurang-kurangnya sijil lulus latihan perguruan daripada institusi latihan guru tadika.
  • Mempunyai surat perakuan sihat jasmani dan mental daripada seorang pengamal perubatan yang berdaftar.
  • Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang pendidikan.
  • Tidak muflis dan tidak pernah disabitkan atas apa-apa keslahan berat oleh mana-mana mahkamah.
  • Lulus tapisan keselamatan oleh Jabatan Polis,
  • Menamakan 2 orang referi, selain daripada kaum keluarga terdekat, yang mengenalinya minimum 5 tahun.
  • Guru Besar ekspatriat mesti ada pas pengajian yang belum tamat tempoh sahlakunya.
Guru
  • Warganegara Malaysia (kecuali guru tadika ekspatriat)
  • Mempunyai kelayakan akademik minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya (guru ekspatriat memiliki sekurang-kurangnya ijazah pertama).
  • Mempunyai kelayakan professional sekurang-kurangnya sijil lulus latihan perguruan daripada institusi latihan guru tadika.
  • Mempunyai surat perakuan sihat jasmani dan mental daripada seorang pengamal perubatan yang berdaftar.
  • Tidak muflis dan tidak pernah disabitkan atas apa-apa kesalahan berat oleh mana-mana mahkamah.
  • Lulus tapisan keselamatan oleh Jabatan Polis.
  • Menamakan 2 referi, selain daripada kaum keluarga terdekat, yang mengenalinya minimum 5 tahun.
  • Guru ekspatriat mesti ada pas pengajian yang belum tamat tempoh sahlakunya.
Pembantu Guru
  • Warganegara Malaysia (termasuk di tadika ekspatriat).
  • Mempunyai sekurang-kurangnya enam tahun pendidikan formal.
  • Mempunyai pengalaman dalam pengurusan dan penjagaan kanak-kanak dan mempunyai sifat penyayang kepada kanak-kanak.
  • Mempunyai surat perakuan sihat jasmani dan mental daripada seorang pengamal perubatan yang berdaftar.
  • Tidak pernah disabitkan atas apa-apa kesalahan berat oleh mana-mana mahkamah.
  • Lulus tapisan keselamatan oleh Jabatan Polis
Murid
  • Umur murid tadika ialah di antara 4 hingga 6 tahun. Sesebuah tadika tidak dibenarkan mengambil kanak-kanak di bawah umur 4 tahun.
  • Sesebuah tadika tidak boleh menolak kemasukan seseorang kanak-kanak atas alas an jantina, ras, agama, kelas atau keadaan fizikal. Jika ada kanak-kanak cacat fizikal atau kurang upaya, pengurus tadika hendaklah dengan kerjasama ibubapa atau penjaga kanak-kanak itu menyediakan kemudahan-kemudahan untuk menyenangkan pembelajaran dan pergerakan kanak-kanak tersebut.
Yuran
  • Yuran pengajian dan yuran-yuran lain yang dikenakan hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Pendaftar.
  • Yuran yang dikenakan hendaklah sesuai dengan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan.
  • Sebarang kenaikan yuran hendaklah dipohon dengan menyatakan sebab-sebabnya dan mendapat kelulusan bertulis Ketua Pendaftar.
  • Kenaikan yuran hanya dibenarkan 3 tahun sekali
  • Kenaikan yang dibernarkan tidak melebihi 30%
  • Ibubapa hendaklah dimaklumkan 3 bulan sebelum kenaikan yuran bermula
Pengurusan/Pentadbiran
  • Sesuatu tempat di mana sepuluh orang kanak-kanak atau lebih yang berumur antara 4 tahun hingga 6 tahun diajar atau lazimnya diajar dalam satu kelas atau lebih hendaklah berdaftar sebagai sebuah tadika di bawah Akta Pendidikan 1996 kecuali:
    • a)      Tadika yang dianggap bersifat keagamaan semata-mata atau untuk tujuan keagamaan keagamaan semata-mata dan
    • b)     Tadika yang diberikan pengecualian oleh Menteri Pendidikan.
  • Tadika dan Taman Asuhan Kanak-Kanak tidak boleh dikendalikan secara bercampur di premis yang sama.
  • Sesi Persekolahan:
  • Sesebuah tadika itu tidak dibenarkan menjalankan lebih daripada dua sesi sehari.
  • Pengajaran dan pembelajaran satu-satu sesi itu secara rasmi adalah antara tiga hingga tiga setengah jam setiap hari selama 5 hari berturut-turut mengikut hari persekolahan biasa.
  • Program dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah sesuai dengan kesediaan dan kemampuan kanak-kanak mengikut peringkat umur. Kelas kanak-kanak 6 tahun menumpu lebih kepada penyediaan bagi menghadapi pendidikan formal di sekolah rendah. Kanak-kanak kurang upaya menumpu kepada pengurusan diri.
  • Semua guru, termasuk guru besar, diwajibkan mempunyai Permit Mengajar yang kemaskini.
  • Nisbah kelas kepada kanak-kanak ialah 1:25(Kelas kanak-kanak kurang upaya 1:10)
  • Nisbah guru kepada kanak-kanak ialah 1:25 (kelas kanak-kanak kurang upaya 1:10)
  • Nisbah pembantu guru kepada kelas ialah 1:2 (kelas kanak-kanak kurang upaya 1:2)
  • Setiap tadika menyedia dan menyimpan rekod kanak-kanak, ibubapa/penjaga, guru dan pekerja dengan lengkap dan kemaskini.
Disiplin
  • Guru Besar bertanggungjawab terhadap disiplin kanak-kanak.
  • Pengaruh negatif dari dalam dan luar negara yang merosakkan pemikiran atau perkembangan diri kanak-kanak hendaklah dibendung.
  • Tiada hukuman dera boleh dikenakan kepada seseorang kanak-kanak tadika.
Makanan dan Minuman
  • Makanan yang disajikan hendaklah mencukupi, seimbang, bermutu dan dalam keadaan bersih.
  • Penyediaan makanan dan minuman untuk kanak-kanak beragama Islam hendaklah diasingkan dan disediakan oleh pekerja yang beragama Islam.
  • Makanan dan minuman yang dibawa dari rumah oleh kanak-kanak sendiri adalah digalakkan
  • Penyedia makanan wajib menerima suntikan imunisasi

Sunday 6 May 2012

PENGURUSAN TADIKA



Membangun Melalui Pendidikan

“ Melentur buluh biarlah dari rebungnya”.. Pentingnya pendidikan di peringkat TADIKA
Sesuatu nilai murni tidak akan wujud jika tidak ditanam dan dipraktikkan dari peringkat awal iaitu sejak kecil lagi. Mendisiplin dan membimbing kanak-kanak harus dibuat diperingkat awal supaya mereka tahu dan dapat membezakan yang buruk dan baik sejak dari kanak-kanak lagi.
Jika nilai ini dapat dijadikan sebahagian daripada hidup mereka, maka apabila dewasa kelak mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan amalan-amalan yang kurang sihat.

Menguruskan TADIKA.

Pada masa sekarang TADIKA merupakan satu bentuk perniagaan. Justeru pengurusan sesebuah TADIKA perlulah mempunyai kemahiran pengurusan perniagaan yang tinggi berdasarkan teori pengurusan organisasi. Teori pengurusan bertujuan menerangkan bagaimana proses organisasi diurus berpandukan idea, konsep ataupun prinsip yang diatur. Ia diperlukan bagi mencapai matlamat yang dirangka dengan menggunakan masa, tenaga dan kos pada tahap MINIMUM bagi mendapatkan pulangan yang MAKSIMUM

PENGURUSAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK



Ciri kepimpinan yang bersesuaian adalah perlu bagi memberi keyakinan hala tuju tadika. Antara ciri-ciri yang perlu ada pada seorang pengurus adalah:-

1. Berpengetahuan – Pengurus tadika yang baik perlu mempunyai pengentahuan yang mendalam berkenaan tugas dan tanggungjawab beliau. Pengurus hendaklah sentiasa berusaha untuk menambahkan ilmu pengentahuannya melalui pembacaan buku, menghadiri kursus atau seminar serta bersedia mempelajari dari pengalaman orang lain.

2. Cekap – Pengurus perlu bijak dan cekap dalam membuat keputusan, pembahagian masa, pembahagian tugas kepada orang bawahan dan dalam menyelesaikan masalah.

3. Terancang – Segala tugas, tanggungjawab dan pelan tindakan perlu dirancang secara sistematik terlebih dahulu kecuali dalam keadaan tertentu yang menuntut pengurus membuat keputusan segera.

4. Mempercayai – Apabila pengagihan tugas dibuat kepada pekerja, pengurus perlu memberi kepercayaan kepada mereka bahawa mereka mampu menjalankan tugasan tersebut dengan baik.

5. Menghormati – Pengurus perlu menghormati pekerja dan pendapat mereka. Pengurus juga hendaklah menghormati ibu bapa dan kanak-kanak.

6. Komunikasi dua hala – pengurus hendaklah berkomunikasi dengan kakitangan, kakak-kanak dan ibu bapa bagi memastikan interaksi yang bermakna.

7. Memberi galakan dan sokongan - pengurus hendaklah sentiasa memberi galakan dan sokongan kepada kakitangan.