Sunday 6 May 2012

PENGURUSAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK



Ciri kepimpinan yang bersesuaian adalah perlu bagi memberi keyakinan hala tuju tadika. Antara ciri-ciri yang perlu ada pada seorang pengurus adalah:-

1. Berpengetahuan – Pengurus tadika yang baik perlu mempunyai pengentahuan yang mendalam berkenaan tugas dan tanggungjawab beliau. Pengurus hendaklah sentiasa berusaha untuk menambahkan ilmu pengentahuannya melalui pembacaan buku, menghadiri kursus atau seminar serta bersedia mempelajari dari pengalaman orang lain.

2. Cekap – Pengurus perlu bijak dan cekap dalam membuat keputusan, pembahagian masa, pembahagian tugas kepada orang bawahan dan dalam menyelesaikan masalah.

3. Terancang – Segala tugas, tanggungjawab dan pelan tindakan perlu dirancang secara sistematik terlebih dahulu kecuali dalam keadaan tertentu yang menuntut pengurus membuat keputusan segera.

4. Mempercayai – Apabila pengagihan tugas dibuat kepada pekerja, pengurus perlu memberi kepercayaan kepada mereka bahawa mereka mampu menjalankan tugasan tersebut dengan baik.

5. Menghormati – Pengurus perlu menghormati pekerja dan pendapat mereka. Pengurus juga hendaklah menghormati ibu bapa dan kanak-kanak.

6. Komunikasi dua hala – pengurus hendaklah berkomunikasi dengan kakitangan, kakak-kanak dan ibu bapa bagi memastikan interaksi yang bermakna.

7. Memberi galakan dan sokongan - pengurus hendaklah sentiasa memberi galakan dan sokongan kepada kakitangan.



No comments:

Post a Comment