Saturday 12 May 2012

TATACARA PENUBUHAN PRASEKOLAH SWASTA (TADIKA)

Kindergarten-Kids
Lokasi
Sebuah tadika hendaklah berada di kawasan yang kondusif untuk pengajaran, pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak mengikut kriteria-kriteria berikut:
  • Tempat yang selamat daripada risiko kemalangan dan kecederaan dan   terjamin keselamatan,
  • Jauh dari pusat hiburan,
  • Udaranya bersih dan nyaman,
  • Tidak diganggu oleh pencemaran bunyi dan
  • Mendapat kebenaran bertulis jiran terdekat jika premis di kawasan perumahan – jiran bersebelahan, hadapan dan belakang (kiri dan kanan) premis
Premis
  • Tiap-tiap premis hendakalah diperiksa dan disokong penggunaannya oleh pihak berkuasa tempatan yang berkenaan khususnya, Jabatan Perancang dan Kawalan Bangunan Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Kesihatan.
  • Tingkat bawah adalah digalakkan tetapi bangunan bertingkat-tingkat boleh diperitmbangkan sekiranya ia memenuhi piawaian keselamatan berhubung dengan tangga, beranda dan pintu kecemasan dan apa-apa peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkenaan.
  • Bangunan tadika hendaklah di dalam keadaan baik, bersih, cantik dan dicat di luar dan di dalam supaya kelihatan menarik dan sesuai bagi perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak.
  • Syor pihak berkuasa tempatan mengenai bilangan kanak-kanak untuk setiap bilik darjah/kelas dipatuhi.
  • Tiap-tiap tadika hendaklah mempunyai ruang yang mencukupi untuk sudut-sudut pembelajaran, pelbagai jenis permainan dan sukan, kemudahan-kemudahan rehat dan tandas dengan mengambilkira bilangan dan umur kanak-kanak.
  • Kegunaan kontena sebagai bilik darjah tidak dibenarkan.
  • Kemudahan-kemudahan pendidikan khas diadakan jika ada kanak-kanak kurang upaya.
  • Premis agama boleh dipertimbangkan tetapi ini tidak termasuk tempat khas beribadat.
  • Premis tadika tidak boleh dijadikan tempat tinggal.
Keselamatan
  • Bangunan tadika hendaklah dalam keadaan selamat dan bahan binaannya bukan daripada bahan mudah bakar.
  • Hendaklah mengadakan sekurang-kurangnya 2 buah pintu keluar bangunan dan pintu tersebut hendaklah mudah dibuka tanpa halangan.
  • Jerajak besi yang dipasang di tingkap bilik hendaklah boleh dibuka jika berlaku kecemasan/kebakaran.
  • Dapur hendaklah diasingkan, terutama apabila menggunakan LP Gas.
  • Alat pemadam api hendaklah diadakan mengikut syor Jabata Bomba dan Penyelamat.
  • Perabot, alat permainan dan bahan-bahan lain yang digunakan tidak membahayakan.
  • Semua punca kunci elektrik hendaklah sama ada tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak atau dilindungi secukupnya.
  • Kolam renang atau tempat yang boleh menampung air hendaklah dalamnya mengikut ukuran yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan. Kawasan tersebut berpagar.
Kesihatan
  • Kawasan, bangunan dan lantai hendaklah bersih dan selamat.
  • Bilangan tandas hendaklah mencukupi dan dalam keadaan bersih, selamat dan selesa untuk kanak-kanak.
  • Ada kemudahan membasuh yang sesuai dan mencukupi.
  • Ada peralatan pertolongan cemas yang lengkap.
  • Tiap-tiap bilik hendaklah mempunyai pencahayaan dan pengudaraan yang mencukupi.
  • Ada kemudahan pembuangan sampah yang sesuai dan mencukupi.
Undang-undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan
  • Semua peraturan atau undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan yang terbabit denga pemeriksaan premis dipatuhi
Nama Prasekolah
Nama yang dicadangkan hendaklah menggunakan istilah TADIKA. Penggunaan istilah seperti Kindie, Playhouse, Taman Bimbingan, Sekolah Nursery pada nama Tadika tidak dibenarkan.
  • Nama yang diberi haruslah mempunyai latar belakang Malaysia.
  • Menggunakan Bahasa Kebangsaan.
  • Nama yang diberi hendaklah munasabah, tidak mengelirukan, tidak menggambarkan sesuatu yang tidak benar atau menyentuh perasaan mana-mana pihak.
  • Nama tidak sama dengan nama tadika lain (rujuk R.O.B./R.O.C.)
  • Jika nama yang digunakan nama orang kenamaan, pemohon hendaklah mendapat persetujuan bertulis daripada tuan punya nama atau warisnya (jika ia telah meninggal dunia).
  • Nama-nama yang tidak dibenarkan:
    • Nama negeri, Bandar atau daerah
    • Nama parti politik atau ringkasan nama parti politik
    • Nama pemimpin atau orang kenamaan Negara luar dan nama perseorangan
    • Nama singkatan
Pemilikan
  • Tadika hendaklah dimiliki sepenuhnya oleh warganegara Malaysia (melainkan Tadika Ekspatriat)
  • Pemilikan perseorangan/perkongsian hendaklah berdaftar dengan Pendaftar Perniagaan (R.O. B).
  • Pemilik tadika oleh syarikat hendakah:
    • Syarikat berdaftar dengan Pendaftar Syarikat (R.O. C).
    • Ekuiti bumiputra tidak kurang daripada 30% da mestilah kekal.
  • Mana-mana tadika yang ditubuhkan oleh organisasi yang berdaftar denga mana-mana pihak berkuasa kerajaan boleh dikecualikan daripada didaftarkan dengan pendaftar perniagaan.
Kurikulum
  • Program dan kegiatan tiap-tiap tadika hedaklah berdasarkan garis panduan kurikulum yang diluluskan oleh Menteri Pendidikan Malaysia iaitu Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
  • Bahasa-bahasa selain daripada kebangsaan boleh digunakan sebagai bahasa pengantar tetapi jika sesuatu tadika menggunakan bahasa selain daripada Bahasa Kebangsaan, Bahasa Kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai matapelajaran wajib.
  • Pendidikan Agam Islam kepada kanak-kanak beragama Islam hendaklah oleh guru beragama Islam.
  • Pendidikan Moral hendaklah kepada kanak-kanak bukan beragama Islam.
Pengerusi/Ahli Lembaga Pengurus
  • Warganegara Malaysia (kecuali tadika ekspatriat)
  • Tidak muflis dan tidak pernah disabitkan atas apa-apa kesalahan berat oleh mana-mana mahkamah.
  • Lulus tapisan keselamatan oleh Jabatan Polis.
Guru Besar
  • Warganegara Malaysia (kecuali tadika ekspatriat)
  • Mempunyai kelayakan akademik minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya (Guru Besar ekspatriat memiliki sekurang-kurangnya ijazah pertama).
  • Mempunyai kelayakan profesional sekurang-kurangnya sijil lulus latihan perguruan daripada institusi latihan guru tadika.
  • Mempunyai surat perakuan sihat jasmani dan mental daripada seorang pengamal perubatan yang berdaftar.
  • Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang pendidikan.
  • Tidak muflis dan tidak pernah disabitkan atas apa-apa keslahan berat oleh mana-mana mahkamah.
  • Lulus tapisan keselamatan oleh Jabatan Polis,
  • Menamakan 2 orang referi, selain daripada kaum keluarga terdekat, yang mengenalinya minimum 5 tahun.
  • Guru Besar ekspatriat mesti ada pas pengajian yang belum tamat tempoh sahlakunya.
Guru
  • Warganegara Malaysia (kecuali guru tadika ekspatriat)
  • Mempunyai kelayakan akademik minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya (guru ekspatriat memiliki sekurang-kurangnya ijazah pertama).
  • Mempunyai kelayakan professional sekurang-kurangnya sijil lulus latihan perguruan daripada institusi latihan guru tadika.
  • Mempunyai surat perakuan sihat jasmani dan mental daripada seorang pengamal perubatan yang berdaftar.
  • Tidak muflis dan tidak pernah disabitkan atas apa-apa kesalahan berat oleh mana-mana mahkamah.
  • Lulus tapisan keselamatan oleh Jabatan Polis.
  • Menamakan 2 referi, selain daripada kaum keluarga terdekat, yang mengenalinya minimum 5 tahun.
  • Guru ekspatriat mesti ada pas pengajian yang belum tamat tempoh sahlakunya.
Pembantu Guru
  • Warganegara Malaysia (termasuk di tadika ekspatriat).
  • Mempunyai sekurang-kurangnya enam tahun pendidikan formal.
  • Mempunyai pengalaman dalam pengurusan dan penjagaan kanak-kanak dan mempunyai sifat penyayang kepada kanak-kanak.
  • Mempunyai surat perakuan sihat jasmani dan mental daripada seorang pengamal perubatan yang berdaftar.
  • Tidak pernah disabitkan atas apa-apa kesalahan berat oleh mana-mana mahkamah.
  • Lulus tapisan keselamatan oleh Jabatan Polis
Murid
  • Umur murid tadika ialah di antara 4 hingga 6 tahun. Sesebuah tadika tidak dibenarkan mengambil kanak-kanak di bawah umur 4 tahun.
  • Sesebuah tadika tidak boleh menolak kemasukan seseorang kanak-kanak atas alas an jantina, ras, agama, kelas atau keadaan fizikal. Jika ada kanak-kanak cacat fizikal atau kurang upaya, pengurus tadika hendaklah dengan kerjasama ibubapa atau penjaga kanak-kanak itu menyediakan kemudahan-kemudahan untuk menyenangkan pembelajaran dan pergerakan kanak-kanak tersebut.
Yuran
  • Yuran pengajian dan yuran-yuran lain yang dikenakan hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Pendaftar.
  • Yuran yang dikenakan hendaklah sesuai dengan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan.
  • Sebarang kenaikan yuran hendaklah dipohon dengan menyatakan sebab-sebabnya dan mendapat kelulusan bertulis Ketua Pendaftar.
  • Kenaikan yuran hanya dibenarkan 3 tahun sekali
  • Kenaikan yang dibernarkan tidak melebihi 30%
  • Ibubapa hendaklah dimaklumkan 3 bulan sebelum kenaikan yuran bermula
Pengurusan/Pentadbiran
  • Sesuatu tempat di mana sepuluh orang kanak-kanak atau lebih yang berumur antara 4 tahun hingga 6 tahun diajar atau lazimnya diajar dalam satu kelas atau lebih hendaklah berdaftar sebagai sebuah tadika di bawah Akta Pendidikan 1996 kecuali:
    • a)      Tadika yang dianggap bersifat keagamaan semata-mata atau untuk tujuan keagamaan keagamaan semata-mata dan
    • b)     Tadika yang diberikan pengecualian oleh Menteri Pendidikan.
  • Tadika dan Taman Asuhan Kanak-Kanak tidak boleh dikendalikan secara bercampur di premis yang sama.
  • Sesi Persekolahan:
  • Sesebuah tadika itu tidak dibenarkan menjalankan lebih daripada dua sesi sehari.
  • Pengajaran dan pembelajaran satu-satu sesi itu secara rasmi adalah antara tiga hingga tiga setengah jam setiap hari selama 5 hari berturut-turut mengikut hari persekolahan biasa.
  • Program dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah sesuai dengan kesediaan dan kemampuan kanak-kanak mengikut peringkat umur. Kelas kanak-kanak 6 tahun menumpu lebih kepada penyediaan bagi menghadapi pendidikan formal di sekolah rendah. Kanak-kanak kurang upaya menumpu kepada pengurusan diri.
  • Semua guru, termasuk guru besar, diwajibkan mempunyai Permit Mengajar yang kemaskini.
  • Nisbah kelas kepada kanak-kanak ialah 1:25(Kelas kanak-kanak kurang upaya 1:10)
  • Nisbah guru kepada kanak-kanak ialah 1:25 (kelas kanak-kanak kurang upaya 1:10)
  • Nisbah pembantu guru kepada kelas ialah 1:2 (kelas kanak-kanak kurang upaya 1:2)
  • Setiap tadika menyedia dan menyimpan rekod kanak-kanak, ibubapa/penjaga, guru dan pekerja dengan lengkap dan kemaskini.
Disiplin
  • Guru Besar bertanggungjawab terhadap disiplin kanak-kanak.
  • Pengaruh negatif dari dalam dan luar negara yang merosakkan pemikiran atau perkembangan diri kanak-kanak hendaklah dibendung.
  • Tiada hukuman dera boleh dikenakan kepada seseorang kanak-kanak tadika.
Makanan dan Minuman
  • Makanan yang disajikan hendaklah mencukupi, seimbang, bermutu dan dalam keadaan bersih.
  • Penyediaan makanan dan minuman untuk kanak-kanak beragama Islam hendaklah diasingkan dan disediakan oleh pekerja yang beragama Islam.
  • Makanan dan minuman yang dibawa dari rumah oleh kanak-kanak sendiri adalah digalakkan
  • Penyedia makanan wajib menerima suntikan imunisasi

No comments:

Post a Comment